Pendahuluan
Masyarakat pada era ini semakin dikaitkan
dengan pengaruh media massa yang mana menyaksikan komunikasi melalui pelbagai
bentuk komunikasi maya sehingga wujudnya komuniti maya. Kehadiran teknologi web
2.0, iaitu web generasi Y yang menawarkan pilihan yang berbeza yang berskala
besar jumlah penggunanya. Perluasan jaringan sosial dengan pelbagai kemunculan
seperti Friendster, MySpace, Facebook, Blogger dan sebagainya lagi telah
menyediakan jaringan sosial dalam talian yang membolehkan pengguna atau
ahli-ahlinya membentuk tanggapan atau impresi, mengekalkan hubungan serta
memperoleh hubungan baharu.
Blog pada zaman ini, sering menjadi perbualan
malahan, turut diberi perhatian oleh para pemimpin dalam mendapatkan sokongan
dan perhatian rakyat. Blog biasanya sering dipanggil sebagai buku catatan atau
penyebaran sesuatu berita atau perkongsian maklumat secara terus melalui
online. Namun apa kurang menariknya apabila cara pengguna blog yang bertujuan
untuk menghasut dan menjatuhkan mana-mana pihak.
Tidak perlu sekat laman blog
KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan
tidak harus mengenakan sekatan
ke atas blog tetapi perlu bersikap
terbuka terhadap laman tersebut, kata
Pensyarah Jabatan Media Universiti
Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Beliau berkata, ini kerana satu
gelombang besar politik mungkin akan
berlaku sekiranya sekatan
dikenakan ke atas laman-laman blog yang
wujud pada masa ini. ‘’Kemunculan
blog ini merupakan satu perubahan
budaya baru dalam bidang media
yang berlaku di seluruh dunia yang
tidak dapat dielak. ‘’Sekiranya ia
disekat, maka akan menimbulkan
ketidakpuasan dan mungkin akan
membawa kesan yang dahsyat kepada
para pemimpin,” katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari
ini. Abu Hassan berkata demikian
ketika diminta mengulas mengenai
satu kajian yang menunjukkan
terdapat hampir 500,000 blog yang aktif
dalam negara. Katanya, kekalahan
Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya baru-baru ini sebahagian
besarnya disebabkan pendapat beberapa
pemimpin yang berhasrat untuk
menyekat laman-laman blog itu. ‘’Kita
harus bersikap terbuka dan biarkan
masyarakat yang menilaikannya.
Tindakan mengenakan kawalan ke
atasnya hanya akan membawa kepada
keburukan yang tidak diingini…
(Utusan
Malaysia,
2 April 2008)
1. KEKEJAMAN (violence)
Pada tahap komunikasi massa iaitu tahap
ke-lima perkembangannya sekiranya, merujuk kepada konsep piramid komunikasi
terbalik. Melalui tahap ini seharusnya telah berlaku suatu proses di mana
komunikasi yang akan menghasilkan dan akan menyalurkan maklumat atau mesej
kepada khalayak ramai. Khalayak yang saling menyalurkan dan menerima maklumat
dan mesej akan dinilai oleh mereka sendiri tanpa sebarang bimbingan atau
kawalan sekiranya individu berkenaan berjaya dipengaruhi. Justeru itu, dalam
melihat kesan yang dibawa oleh media adalah sangat besar terutamanya melalui
aspek negatif seperti kekejaman, sexsual, keganasan, fundamentalis dan
sebagainya.
Di Malaysia sensitiviti sangat dijaga sama ada
dalam aspek agama, pentadbiran, kaum mahupun sensitiviti yang melibatkan
golongan pemerintahan. Namun akibat wujud perkembangan teknologi media
interaktif seperti internet semakin memberi gambaran yang negatif dalam
pelbagai aspek tersebut. Terdapat pelbagai pemilikan blogger yang cuba
mengelirukan pengguna dengan membawa pelbagai isu yang boleh membangkitkan
isu-isu yang sensitif sehingga boleh mencetuskan keganasan dan aktiviti yang
negatif kepada pengguna yang terpengaruh. Malaysia adalah sebuah negara yang
terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Kepelbagaian ini tidak seharusnya
diambil kesempatan oleh pihak atau organisasi itu mengambilkan kesempatan
sehingga boleh menwujudkan konflik kerana terpengaruh dengan pandangan mahupun
pendapat yang disebarkan melalui blogger yang semakin meluas sehingga ke hari
ini. Masyarakat atau pengguna internet dan pengikut blogger pula terlalu mudah
mengikut dan terpengaruh dengan blogger atau dianggap sebagai “wartawan terjun”
kerana tidak diiktiraf segala maklumat yang dipaparkan secara umum.
Keganasan atau violence yang sering berlaku
dalam blog ialah apabila penulis atau pemiliknya tidak beretika dalam mengulas
sesuatu isu yang berlaku. Sebagai contoh ini dapat
Rujukan
Diakse pada 19
mac 2004. Imej
Islam di Media Cetak: Analisis
Kandungan Akhbar
Mingguan di Ma1aysi;a
The Malaysian
Journal of Language and communication(june 2004).
Article: Kuasa Media
Baru Menggempur Perubahan Bentuk dan Kandungan Ekoposial
oleh
ABU HASSAN HASBULLAH,2008
2. PENDERAAN SEKSUAL
Kebanyakan pengakses lebih cenderung melayari internet berkaitan seksual.Bahkan golongan bawah umur yang berumur 12 tahun kebawah juga terdedah dengan perkara ini.Ianya,merupakan faktor terjadinya kes serangan seksual atau penderaan seksual,seterusnya menambahkan jumlah peningkatan kes gejala sosial pada masa kini.Hukuman yang wajib dikenakan kepada pesalah mestilah setimpal dengan perbuatan yang dilakukannya supaya pesalah dan orang ramai berasa gerun serta takut dengan hukuman tersebut.Contohnya,kes-kes rogol dan istilah "haruan makan anak" tidak asing lagi pada pedengaran kita,gologan pesalah ini sememangnya wajib dihukum agar ia juga menjadi pedoman kepada orang lain.
3. SERAM
MASYARAKAT
kini dimomokkan ayat al-Quran untuk 'menghalau hantu', sedangkan Islam mahu
umatnya mengetahui keseluruhan al-Quran.
KECENDERUNGAN masyarakat pelbagai usia terhadap cerita hantu dapat
digambarkan dengan kehadiran lambakan cerita-cerita hantu di internet.
Pemikiran
generasi muda makin disempitkan dengan kisah hantu dan seram yang pelbagai
versi meniti ruang hidup dari kantin sekolah hingga ke dalam pejabat dan dari
ruang tamu hingga ke bilik kosong semua dilihat berhantu.
Selain
itu, apa yang terkesan pada minda pembaca atau penonton ialah jalan cerita atau
babak seram yang diceritakan pada mereka.
Contohnya, munculnya nenek di belakang dapur rumah, anak kecil menangis,
ternampak bayang yang menyeramkan di siling atau di mana-mana. Kini, keadaan makin melampau apabila anak kecil sudah diserapkan akal dengan
kewujudan hantu yang berada di merata tempat.
Remaja juga tidak dinafikan
apabila mereka akan takut bangun pagi semata-mata takut bertemu pocong di bilik
bacaan.
Pengarah
Institut Sosial Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata filem
seram menyebabkan ketakutan bebas atau open fear di kalangan masyarakat sehingga
memberi kesan psikologi terutama kanak-kanak.
Beliau berkata, ketakutan bebas membantutkan sikap positif. Sebagai contoh jika kanak-kanak rajin
membantu keluarga di kedai, tetapi kini mereka tidak mahu melakukannya kerana
bimbang dalam perjalanan di tempat gelap diganggu hantu. Kesan menonton filem seram atau membaca
pelbagai cerita seram di internet akan melekat dalam pemikiran mereka seperti
wajah hodoh hantu dan ia tertanam dalam kotak rujukan dalam seseorang.
Kekuatan
kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya mengancam akidah umat Islam.
Syaitan boleh bertepuk tangan kerana ramai manusia lemah pegangan agama dan
ilmunya dipesongkan kepada ketakutan terhadap hantu menyelimuti dalam rutin
kehidupan dari memikirkan kebesaran Allah.
Firman-Nya
yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni
dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada
Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar. (Surah
an-Nisa, ayat 48)
Anak
kecil menahan kencing kerana takut ke tandas dipercayai adanya momok. Begitu
juga masyarakat yang ditutup pemikirannya dengan kisah hantu untuk membenarkan
kewujudannya meskipun kehadiran makhluk ini bukan bersifat nyata dan benar.
Kekuatan
media sudah pasti mempengaruhi corak kehidupan generasi muda. Lambakan drama di
televisyen berkisar cerita hantu disiarkan saban malam. Lebih mendukacitakan
sempena Aidilfitri lalu, banyak filem seram ditayangkan.
Kekuatan
kepercayaan kepada hantu boleh menggugat keharmonian negara. Lebih ramai
pelajar akan mengalami histeria. Lebih ramai umat Islam terdedah kepada amalan
sihir semata-mata untuk menghalau hantu jembalang yang dipercayai mengganggu
kehidupan. Akhirnya segala jenis penyakit manusia pun dikatakan gangguan momok.
Lebih
parah, apabila bomoh, dukun atau peramal perubatan tradisional akan lebih
berpengaruh dihampiri masyarakat bagi mengubati penyakit yang dikatakan
berpunca daripada makhluk halus atau jembalang. Kebanyakan kes rogol, cabul dan
gangguan seksual turut dikaitkan dengan kepercayaan menghalau gangguan makhluk
halus atau syaitan.
Kecenderungan
bomoh dalam ritual perubatan tradisional yang pelik serta aneh membawa kepada
kesongsangan akidah dan diyakini boleh merosakkan iman pesakit yang dirawat.
Larangan menjauhi perbuatan syirik sangat dititikberatkan dalam agama.
Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung
(kuhhan) dalam sabda bermaksud: “Sesiapa yang menjumpai tukang tenung,
kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama
40 malam.” (Hadis
riwayat Tabarani)



6 comments:
info yg menarik..thank you..
tq for your information......
nice info. very detail. i think u shud try to publish it to facebook so ramai org boleh baca and tahu tentang benda ni. well written.keep it up.
:)
penulisan yang bermanfaat...
info yang lengkap dan santai. btul2 stuju psl effect tahyul ni pd golongn msyrakt lagi2 org Melayu. keep on writing!
^_^
ok la tu..info yg menarik, klu ada contoh keratan akhbar @ apa2 berita terkini boleh msuk kan jugak sebagai bukti.. lg 1 interface tu bg ikot tema ok kot (seram,takut).. by the way nice work..
Post a Comment